
Hidup ini juga bukan sendiri-sendiri dan berjalan atas otak sendiri.
Mencari dan memberi inspirasi kepada orang lain akan mendapat pahala selagi ia bermanfaat.
Mungkin inspirasi itu ada dalam diri ibu bapa yang harus dikunjungi, dan dihubungi selalu.
Suara mereka dan pandangan mata mereka memberi inspirasi untuk kita terus hidup.
Jika tiada…
Mungkin inspirasi itu datangnya dari kawan-kawan dan teman yang istimewa di hati dan di jiwa.
Jika tiada…
Inspirasi itu mungkin juga dari orang sekeliling yang tida kita kenali
tetapi selalu berlegar di depan mata – jiran atau sesiapa sahaja yang memberi kesedaran dan semangat pada kita walau sedetik.
Jika tiada…
Mungkin juga melalui minat kita terhadap sesuatu. Makanya, kita punya alasan untuk teruskan hidup. Minat fotografi misalnya yang boleh menghiburkan kita
dengan menatap gambar-gambar yang bercerita segala.
yunyun Nisa' Khairunnisa'
No comments:
Post a Comment